DIDIK ANAK ANDA MENGIKUT USIA

Dalam usaha mendidik anak, rata-rata ibu bapa masih lagi mencari formula sesuai. Tapi kebanyakan kita terlupa cara didikan anak yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Zaman gajet yang serba canggih ini memerlukan ibu bapa yang bijak dalam mendidik anak-anak. Nak tak nak memang kita perlu panduan terbaik mengikut cara Rasulullah SAW. Kita tidak mahu nilai-nilai murni yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri anak makin lemah sehingga tiada lagi rasa hormat pada kedua ibu bapa.

Berikut merupakan perkongsian ceramah oleh Ustaz Fawwaz Mat Jan untuk di kongsi kepada semua.

Menurut Ustaz Fawwaz, Baginda (Rasulullah SAW) berpesan, apabila dikurniakan anak, didiklah anak mengikut usia mereka.

1 HINGGA 7 TAHUN
· Layanlah mereka seperti ‘RAJA’
· Sentiasa beri perhatian apa yang mereka perkatakan, yang mereka tunjukkan
· Beri mereka makanan yang halal,berkhasiat
· Bermain bersama-sama dengan mereka (bergumpal/aksi lasak) dengan cara ini akan menguatkan fizikal mereka dan membantu perkembangan minda mereka.
· Jika mereka tantrum/buat perangai jangan sekali kali ‘naik tangan’ atau berkasar kepada mereka, didiklah dengan cara TAULADAN iaitu tunjuk sikap/perbuatan/percakapan yang baik , supaya mereka akan mencontohi perbuatan tersebut.
· Beri apa yang mereka mahu asalkan ianya tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka(mengikut kemampuan anda) sesuai dengan usia mereka

7 HINGGA 14 TAHUN
· Layan mereka seperti ‘HAMBA’
· Ajar mereka solat ,tutup aurat (pada usia 10 tahun jika mereka tidak mahu lakukan, boleh di pukul tetapi tidak sampai mencederakan mereka menyebabkan mereka luka/cacat/buta)
· Jika mereka minta sesuatu ,tetapi apa yang mereka minta itu tidak memberi manfaat, jangan diturutkan. Contohnya Jika mereka minta Handphone/Gadjet menyebabkan mereka malas belajar, jangan di Turutkan kehendak mereka.
· Asingkan tempat tidur, Jika mereka sudah berusia 10tahun asingkan tempat tidur mereka diantara anak lelaki dan perempuan atau dari ibu bapa mereka.
· Ajar mereka kebersihan kerja rumah seperti contoh Selepas makan bawa pinggan ke sinki dan suruh mereka cuci sendiri. Ini akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.

15 HINGGA 20 TAHUN
· Layan mereka seperti ‘KAWAN’
· Jika mereka ada melakukan kesilapan, tegur mereka secara Direct (bukan depan adik beradik atau orang lain) -Jaga Air muka mereka
· Tidak membeza bezakan Kemampuan mereka dengan adik beradik yang lain.
· Pada usia ini mereka sudah memiliki ego, Jadi mereka perlu dididik macam orang dewasa.

Sumber: Ummi Al-Fateh//majalahpama.my