Tips Didik Anak Supaya Jadi Lebih Berdikari

Cara didik anak berdikari perlu ditunjukkan kepada anak sejak kecil lagi. Sungguhpun begitu, ramai ibubapa yang tidak tahu cara mendidik anak untuk berdikari. Menggalakkan anak melakukan sendiri merupakan salah satu cara memupuk sikap berdikari. Sediakan sokongan dan panduan kepada anak untuk cuba menyelesaikan masalah
Semoga beberapa tips atau cara didik anak berdikari yang diberikan ini boleh dipraktik agar anak anda boleh melepaskan sikapnya yang terlalu bergantung itu.

1. Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan anak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak. Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Semasa anak menyelesaikan tugasan, anak boleh meletakkan kertas pelekat pada bahagian namanya dicarta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengannya.

2. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti. Anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas dan aktiviti

3. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil, anak perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua anak dapat memahami arahan dengan cepat.

4. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan ditempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Guru boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan. Disamping itu menggalakkan anak meningkatkan perkembangan literasi.

5. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.

6. Dorong Anak Untuk Lebih Bertanggungjawab
Ajarkan anak mengenai tanggung jawab. Anda boleh memulaikannya dengan memberikan penjelasan tentang tanggung jawab. Anda boleh memberikannya tugas untuk mencuci piringnya sendiri setiapkali selepas makan pada hari-hari tertentu. Jika mereka melanggar peraturan, anda tidak perlu marah, cukup mengingatkan dengan tegas.Selain itu, anda boleh mengajarkan mereka melakukan tugasnya sendiri. Dalam usia tertentu, anda tidak perlu lagi mencuci pakaian dan mengemas tempat tidurnya. Biarkan anak-anak membersihkan biliknya sendiri.

7. Biarkan Mereka Membuat Kesalahan
Jangan terlalu takut ketika mengetahui anak anda telah dihukum atau didenda kerana melakukan kesalahan, seperti gagal peperiksaan, tidak memotong kuku, tidak memakai tali leher dan sebagainya. Kebebasan itu mutlak. Tetapi, pastikan anda mengambil tindakan hukuman yang tepat untuk kesalahan yang telah dilakukan.Jika anak anda gagal dalam peperiksaan, anda mungkin boleh mengurangkan sedikit duit belanja sekolahnya.Hukuman yang diberikan atau terpaksa mereka tanggung di atas kesalahan yang telah dilakukan haruslah relevan dan adil.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu disamping menggalakkan anak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.

Sumber: TeamWom, majalahpama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *