5 tips untuk mengeratkan hubungan bersama anak

Ibu bapa perlu mengeratkan hubungan bersama anak untuk mengelakkan anak-anak membesar terasing dari ibu bapa. Dalam zaman kita hari ini, semakin sukar untuk memberi perhatian yang konsisten pada anak. Di bawah, ada 5 tips keibubapaan yang kami harap boleh membantu ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak.

1. Memberi respons tanpa bertindak balas — tahu bila untuk berhenti seketika
Apabila ingin membesarkan anak yang pandai mengawal emosi, kita sebagai ibu bapa juga perlu semak dulu emosi sendiri. Memang ada masanya kita akan hilang kawalan. Ibu bapa perlu sedar anak sangat sensitif terhadap perubahan emosi ibu bapa. Jangan ingat kata-kata dan kelakuan anda tidak akan menakutkan anak. Sebelum ibu bapa hilang kawalan, cuba berhenti seketika dan pertimbangkan perasaan anak. Tenangkan diri dahulu sebelum memberi respons.

2. Beri kelonggaran kepada anak, tetapi jangan lupa untuk beri bimbingan dengan penuh kasih sayang
Menetapkan disiplin dan batasan yang sihat apabila anak masih kecil lagi adalah salah satu petua keibubapaan penting. Sebenarnya, ibu bapa juga akan mendapat manfaat apabila memberi ruang kepada anak dalam situasi yang tegang.

3. Dengar kata-kata anak dengan teliti
Anak akan rasa disayangi jika ibu bapa meluangkan masa untuk mendengar luahan hati mereka. Anak perlu tahu perasaan dan pendapat mereka penting di mata ibu bapa. Ini tidak bermakna ibu bapa mesti setuju 100% dengan pendapat anak, tetapi sekurang-kurangnya kita dengar dengan teliti apa yang mereka ingin katakan. Apabila anak buat perangai, cuba fokuskan perhatian anda kepada mengeratkan hubungan bersama anak. Ini akan membantu ibu bapa untuk menenangkan diri dan bertindak dengan positif tanpa hilang kawalan.

4. Kuatkan diri untuk mengendali stress dan tekanan
Apabila tertekan, jangan lupa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Jadi jangan paksa diri untuk menjadi ibu bapa yang sempurna, dan jangan paksa anak untuk melakukan yang sama.Sebaliknya, ibu bapa perlu peka terhadap keperluan anak. Ajar mereka untuk mengenali kelemahan dan kekuatan mereka sendiri, kemudian berikan bimbingan langkah seterusnya untuk menangani masalah yang dihadapi. Apabila anak boleh bergantung kepada ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar, ini dapat membantu ibu bapa mengeratkan hubungan bersama anak.

5. Ajar anak pentingnya kebaikan dan belas kasihan
Jangan hanya pandai cakap sahaja ya ibu bapa. Kita perlu menunjukkan kebaikan dan belas kasihan yang sama di rumah. Apabila ibu bapa selalu mempraktikan penerimaan dan sikap yang positif, ia akan menjadi perkara yang biasa apabila berinteraksi dengan anak.

Sumber: theasianparent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *