Mari mengenali anak usia 3 tahun anda

Anda pasti selalu tercari-cari apakah minat anak anda? Bagaimana perwatakan mereka apabila besar nanti? Sebenarnya, anak usia 3 tahun sudah menunjukkan minat dan perwatakan mereka yang tersendiri.
Jika anda rajin untuk melihat minat dan perwatakan mereka ini, anda akan lebih memahami mereka.

Memahami perilaku anak dan belajar mengawal refleks mereka akan membantu anda membentuk perkembangan mereka. Malah, cara didikan anda juga akan membentuk siapa diri anak usia 3 tahun nanti serta mengeratkan hubungan antara anda dan anak anda.

Apa yang ditunjukkan oleh anak usia 3 tahun mungkin adalah bayangan bagaimana dirinya nanti di usia 26 tahun menurut kajian. Dan perilaku malah perwatakan ini makin dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Hanya segelintir saja akan dipengaruhi oleh kawan-kawan.

9 Jenis perangai anak usia 3 tahun

Ini merupakan 9 karakter pada kanak-kanak menurut kajian yang dikemudi oleh Profesor Stella Chess dan Alexander Thomas dari New York University School of Medicine:

1. Tahap aktiviti mereka meningkatIni melibatkan tahap tenaga, semangat dan aktiviti motor am mereka. Sebab itu mereka akan lebih aktif dan gemar bermain.

2. Mula mendekati atau menjauhi sesuatu
Perangai ini melibatkan perilaku anak anda terhadap sesuatu yang baru atau tidak dikenali oleh mereka.

3. Pusingan perkembangan yang lebih tetap
Ini lebih kepada perkembangan fizikal mereka. Kitaran makan, tidur, membuang air dan fungsi badan yang lain akan berubah dan menjadi semakin tetap.

4. Mula memahami tentang penyesuaian
Ini tentang bagaimana anak anda menyesuaikan diri dengan perubahan. Jika dulu mereka akan menangis apabila terpaksa berhadapan dengan sebarang perubahan, sekarang mereka lebih bijak menyesuaikan diri.

5. Fokus mereka semakin bagus
Bagaimana mereka boleh fokus atau semudah mana mereka boleh hilang fokus.

6. Respon anak berubah
Jika anda cuba menarik perhatian mereka, cuba guna benda yang mereka suka. Dengan cara ini, respon mereka boleh dirangsang.

7. Reaksi anak lebih mendalam
Bagaimana anak anda mengekspresikan emosi mereka terhadap situasi yang berbeza boleh dilihat ketika ini.

Reaksi ini bersifat lebih “mendalam” dan kadang-kadang mampu buat anda terharu, ketawa dan marah!

8. Kualiti mood
Selalunya dia bagaimana? Ceria, serius atau lurus?

9. Ketahanan mental anak berubah
Bagaimana anak anda menghadapi halangan atau cabaran sekarang?

Kesemua 9 karakter ini akan ada pada anak anda. Yang membezakan ialah tahap setiap karakter ini.

Cara mendidik anak berusia 3 tahun berdasarkan personaliti
Walaupun berdasarkan biologi, perilaku boleh berubah mengikut masa. Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi perubahan ini. Antaranya seperti – rumah, sekolah, dan cara didikan ibu bapa.
Peringatan: ini hanyalah panduan am

Peribadi anak berubah-ubah tetapi secara amnya ia dibahagikan kepada 3 kategori:

#1 Anak yang ‘mudah’
Tidak banyak buat perangai. Waktu tidur dan makan tetap. Mudah menyesuaikan diri dan sentiasa dalam keadaan baik.
Tip keibubapaan: Mereka selesa dengan rutin yang tetap. Mereka tidak suka akan perubahan dan mungkin akan terganggu dengan perubahan.

#2 Anak yang ‘susah’
Jadual makan, tidur dan membuang air mereka tidak teratur. Mereka tidak mahu perubahan. Dan mereka juga mudah kecewa, marah dan membuat perangai (tantrum).
Tip keibubapaan: Jangan memaksa mereka terlibat dengan situasi sosial. Tenangkan mereka ketika menerima pengalaman baru. Sangat bersabar bila mereka membuat perangai, mereka memerlukan lebih pemahaman.

#3 Anak yang ‘sukar menyesuaikan diri’
Apabila terdedah kepada sesuatu benda yang baru, anak ini akan berdiam diri. Mereka tidak mahukan perubahan. Tapi jadual tidur, makan dan membuang air mereka adalah tetap.
Tip keibubapaan: Kerap mendedahkan mereka kepada situasi sosial yang baru akan membantu mereka lebih terbuka. Jika anak anda di dalam kategori ini, mereka akan keluar dari perilaku ini nanti.

Apa yang penting sebenarnya ialah, kesabaran dan penuh kasih sayang di setiap peringkat tumbesaran anak anda.

Sumber: theasianparent.com