Anak Taknak Makan Sayur? Apa nak buat?

Anak kecil sememangnya mempunyai masalah untuk mengambil sayur-sayuran mahupun buah-buahan. Masalah ini timbul apabila si kecil mula diperkenalkan dengan makanan orang dewasa yang mempunyai pelbagai rasa.
Rasa sesetengah sayur yang sedikit pahit dan buah-buahan yang mungkin memberikan rasa pelik membuatkan anak menolak makanan berkhasiat ini. Jika dibiarkan, dibimbangi dia akan mengalami masalah kekurangan zat nutrisi yang sangat diperlukan untuk proses tumbesarannya kerana kurangnya zat yang diambil dalam makanan harian.
Situasi anak-anak yang enggan makan sayur boleh mendatangkan kesan yang besar seperti kekurangan mikronutrien. Sebagai ibu bapa pasti inginkan anak membesar dengan sihat. Jangan berputus asa dalam memberikan yang terbaik.

Ikuti ‘trick’ ini bagi memastikan si kecil membesar dengan sihat:

Hidangkan Sayur & Buah Dalam Setiap Hidangan
Teruskan menghidangkan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Sama ada si kecil makan atau tidak, tolak ke tepi dahulu. Hal ini kerana galakan yang berterusan akan meningkatkan penerimaan anak terhadap sayur-sayuran walaupun usaha ini mungkin memakan masa yang panjang.

Hidangkan Makanan Yang Menarik (Food Presentation)
Rajinkan diri untuk menghias makanan anak-anak. Pelbagaikan warna sayur dan buah atau buatlah hiasan yang comel. Ini kerana hidangan makanan yang menarik mampu membuatkan si kecil berselera untuk makan.

Makanan Tambahan
Berikan si kecil minuman bijirin VGrains yang penuh berkhasiat dan lazat. GoodMorning 18 Bijirin diproses daripada 18 jenis bijirin premium yang terpilih berasaskan 5 warna fitonutrien. Setiap warna kaya dengan nutrisi khas yang membantu meningkatkan tenaga 5 organ utama badan kita.
Terdapat 7 bahan unik dalam GoodMorning VGrains seperti ubi keledek ungu, beri biru, Prebiotik Inulin, AquaminF (Kalsium), Lutein, Fibersol-2 dan Lesitin Soya yang mempunyai khasiat tersendiri.

7 bahan unik dan khasiatnya dalam GoodMorning VGrains:

· Ubi Keledek Ungu
Kaya dengan antosianin dan tinggi antioksidan. Menghapuskan radikal bebas 20 kali lebih tinggi daripada vitamin C, 50 kali lebih tinggi daripada Vitamin E. Melancarkan proses pencernaan di usus, membantu dalam detokifikasi dan menguatkan sistem imunisasi.

· Beri Biru
Tinggi dalam antioksidan (antosianin dan asid fenolik). Membantu menangguhkan kesan penuaan. Meningkatkan daya penglihatan.

· Prebiotik Inulin
Serat Larut Air. Menggalakkan pergerakan usus. Membantu dalam pertumbuhan bakteria baik. Menguatkan sistem imunisasi.

· AquaminF (Kalsium)
Membantu menguatkan gigi dan tulang.

· Lutein
Meningkatkan fungsi visual dan melindungi mata dari radikal bebas.

· Fibersol-2
Membantu meningkatkan pengambilan serat harian. Menggalakkan pergerakan usus. Membantu mengimbangkan gula darah, menurunkan kolesterol dan tekanan darah

· Lesitin Soya

Membantu meningkatkan fungsi sel. Menggalakkan kesihatan otak dan meningkatkan daya ingatan. Anda tidak perlu risau lagi tentang si kecil kerana kesemua 7 bahan unik antaranya ubi keledek ungu dan beri biru yang terdapat dalam VGrains bagus untuk tumbesaran serta menguatkan imunisasi tubuh badan agar si kecil sentiasa sihat, ceria dan bertenaga.

Penyediaannya yang cukup mudah dan cepat sesuai dijadikan pilihan ibu bapa kini yang sibuk dengan aktiviti seharian. VGrains boleh dicampur dalam minuman serta makanan kegemaran si kecil anda. VGrains bukan sahaja sesuai untuk anak berusia 1 tahun ke atas tetapi juga sesuai untuk seisi keluarga.


Sumber: majalahpama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *